Biasanya kan, di Malaysia golongan muda terutamanya graduan lepasan universiti peringkat degree ni selalu takde kerja lepas dah grad~

Mula lah duduk saja-saja di rumah, menghabiskan beras dan makanan ringan dalam peti ais, lemak-lemak mula terbina dan pipi terus berkembang mekar bak bunga di taman depan rumah…

Guys
Meh baca ni jap,

Mula mula..

Maafkan diri sebab main-main je dulu,
Maafkan diri sebab jarang fikir sal masa depan,
Maafkan diri sebab tak cuba berusaha cari kerja pun…

Kalau dah mula rasa selesa duduk di rumah dan malas nak cari kerja yang bermanfaat, asyik makan tido jer, ingatlah,

Duit ibu bapa yang anda guna tu makin berkurangan hari demi hari, duit tu juga digunakan untuk biaya adik-adik anda dan sumbernya akan terhenti juga pada suatu hari nanti..

Kita sebagai anak muda ini sangatlah rugi kalau tak manfaatkan segala kelebihan yang ada

Kita ada masa..
Kita ada tenaga..
Kita ada minda..
Kita ada tubuh badan..
Kita ada teknologi moden..
Kita ada semangat yg membara..

Cuba fikir balik, kita gunakan keenam-enam untuk apa? Untuk diri sendiri je?. Untuk bermalas-malasan?

Nanti apabila dah meningkat dewasa, satu persatu kelebihan ini akan ditarik kalau tak diuruskan dengan baik, hilang begitu sahaja, terlambat dah nak menyesal masa tu kan?

Takpe, masih belum terlambat nak gerakkan diri menjadi lebih rajin dan produktif untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat di luar sana, bermula saat ni, bangkit dan mula terokai kerja-kerja yang bermanfaat selepas grad!

Adham Rafiq Adam,
Budak IRK UIAM (QS) ’99

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *