Selamat datang ke blog

“Kenapa susah sangat nak berhijrah?”
“Dah ada matlamat apa semua, tapi macam selalu tak terbuat…”
“Azam yang ditetapkan pun nampak macam jauh dan lama lagi nk capai…”

Selalu tak anda dalam keadaan atau dilema yang berat macam ni? Anda dah usaha macam-macam untuk keluar dari belenggu kesusahan dalam berhijrah

Tapi akhirnya…

Kecundang juga,
Sudah takde harapan,
Hijrah terhenti di tengah jalan…

Pernah imbas balik apa yang menyebabkan anda susah nak berubah?

Mesti ada penyebab atau faktor-faktor yang tertentu yang belum dikenal pasti kan?

Mungkin penulisan ini akan menyelamatkan anda dan membantu anda mencapai matlamat yang anda ingini pada tahun ini!

Faktor yang menyebabkan kita susah nak berubah:

1. Matlamat umum sangat.
Matlamat terlalu umum ni akan mengaburi minda anda sendiri. Contohnya “nak jadi baik”. Umum kan? macam mana nak mengorak langkah seterusnya untuk capai? Nak baik dari segi apa?

2. Matlamat terlalu besar.
Kalau matlamat tu besar sangat, anda akan jadi malas dan rasa jauh lagi nak capai, akhirnya tak tercapai. Contohnya anda nak derma RM1 juta.

3. Matlamat tak asli dan mengikut orang.
Matlamat mestilah datang dan sesuai dengan keadaan dan keperluan diri, bukan ikut orang lain secara semborono je, orang nak kahwin tahun depan, anda pun nak kahwin tahun depan juga. Boleh je matlamat yang sama dengan orang, pastikan keperluan pun sama.

4. Matlamat tak ikhlas.
Target untuk dapatkan sesuatu tu hanya untuk tujuan yang sia-sia seperti nak orang tengok yang anda ni hebat dan berjaya, sekadar itu sahaja, takde manfaat untuk orang lain.

5. Terlebih fokus kepada matlamat, bukan langkah mencapainya.
Selalu fikir dan terus fikir tentang hasil akhir apabila matlamat tu berjaya dicapai. Bukan tak boleh, yg tak boleh nya bila tak fokus juga kepada pelaksanaannya. Akhirnya tak tahu jalan mana nak ambil untuk berjaya.

6. Takut dan tak yakin dengan matlamat.
Matlamat dah ada, dan dah jelas nak capai bila dan dengan cara apa, tapi tak yakin pula yang anda akan berjaya. Takpe, belum cuba baru tahu. Jatuh 7 kali? Bangkit balik 8 kali.

7. Berubah mengikut apa orang kata.
Bila nak berubah je, mula lah orang kata macam-macam sampai terhenti perjuangan semata-mata nak puaskan hati dan mulut orang lain. Abaikan apa orang kata (negatif), jalan terus sampai jadi dan buktikan mereka salah

Dah dapat kesan apa faktor yang menghalang anda untuk berhijrah? Bagus dan tahniah

Terus bertindak dan jangan buang masa lagi, masa tak dapat diulang semula!

Adham Rafiq Adam,
Budak IRK UIAM (QS) ’99

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *