Banyak perkara boleh buat sebenarnya…
Ya betul, banyak je perkara yang penting yg boleh dibuat selepas grad ni guys..dan ketika masa lapang yang ada
Ramai orang terus merugikan masa sendiri untuk perkara yang tak mendatangkan faedah pun…
Lagi-lagi anak muda macam kita..lagi lah perlu gunakan MASA dan TENAGA sebaiknya..apatah lagi yang tak tahu sama ada nak sambung pelajaran atau nak kerja hmm
Lost terus…
Guy, ingat ni..
Masa ialah aset TERBESAR
Tak kan la nk duduk diam bermalas-malasan di rumah je kan?
Saya nak bantu anda dengan mengupas 20 perkara perlu buat lepas grad
Siapa yang nak tahu?
Terus baca penulisan ni sampai habis, boleh? Lesgoo
1. Terokai perkara berkaitan sambung belajar.
Yang nak sambung belajar, terus survey dan bandingkan uni mana yang terbaik. Senaraikan terus biasiswa yang layak untuk dimohon. Minta pendapat kaunselor tentang kerjaya.
2. Bincang ngn parent apa halatuju yang mereka pernah dan cadangkan.
Mungkin ada parent yang dah plan masa depan anda, tanya dan bincang semula dengan mereka, kalau anda x thu nk jadi apa nanti, minta nasihat mereka
3. Selidik peluang kerjaya bagi yg nak kerja terus.
Pergi ke karnival kerjaya. Cari dan bersembang lah dengan org yang sedang bekerja di bidang yang anda ingin masuk. Cari di Google apa skill yang perlu anda ada untuk kembangkan bakat.
4. Cari sumber, circle dan mentor dlm bidang bagi yg nak hijrah bidang.
Boleh je hijrah bidang, asalkan rajin dan buat yang terbaik. Kena cepat serap masuk ke dalam komuniti bidang. Cari guru tak kira lah yang mengajar on9 atau off9.
5. Kekal berhubung dengan rakan rakan.
Jangan lupakan kawan-kawan seperjuangan semasa di uni dulu. Terus berhubung dan berjumpa yang mana duduk dekat. Saya sendiri pun dapat peluang job besar dari kawan-kawan. Bukan cable, tapi networking. Share masa depan masing-masing bersama. Mana tahu ada yang boleh bantu hubungkan kita dengan diapa dan apa yg diperlukan.
6. Bantu dan berlatih buat kerja-kerja rumah.
Yang ni, lelaki pun sama, lagi lah kena berlatih buat kerja rumah. Yang masih belum plan atau nak kahwin, berlatih juga untuk tolong mak ayah uruskan rumah. Standby juga, mana tahu terjumpa jodoh di mana-mana.
7. Bonding bersama keluarga.
Tengok balik apa yg tak sempat berbakti kepada keluarga semasa busy belajar dulu, masa ni lah nak berbakti semula dengan masa dan tenaga yang ada. Boleh beraktiviti sama ada di rumah atau di luar.
8. Belajar komunikasi.
Cari kat google dan youtube apa itu “assertive communication”. Baca dan fahamkan. Cuba amalkan dekat orang terdekat. Belajar cara bersembang dengan orang nk bagi mesra.
9. Belajar cara bina habit.
Ni ialah antara top skill. Dengan skill ini, bila dah kuasai, anda boleh lakukan apa sahaja (halal) yang anda mahukan dengan mudah. Cari rentak dan bina habit ikut kapasiti.
10. Belajar personaliti diri.
Selain daripada kenal orang lain, penting untuk anda kenal diri sendiri. Cara bekerja, cara berkomunikasi, cara bekerjasama, cara bersosial, cara berfikir, cara urus emosi dan lain-lain. Boleh buat pelbagai jenis personality test. Antaranya ialah Kamalia Kamal Development Indicator (KKDI) dan 16 Personalities.
Untuk 10 perkara lagi kita sambung part tu boleh? Stay tuned~~~
Adham Rafiq Adam,
Buda IRK UIAM (QS) ’99