Sambungan…
11. Belajar teamwork.
Semua orang tak kan terlepas daripada bekerja dalam kumpulan walaupun hanya duduk di rumah kan? Mula cari cara macam mana nak buat kerja bersama-sama orang yang betul.
12. Belajar urus emosi.
Emosi memainkan peranan yang penting dalam menuju kebahagiaan hidup. Cari healing point tersendiri. Healing point ni ialah apa jua perkara (halal) yang boleh tenangkan anda ketika dalam keadaan serabut. Boleh jadi buat kerja rumah, jogging, tidur, main dengan kucing, jalan-jalan dan sebagainya.
13. Belajar urus kewangan.
Banyak kali dah dengar pasal kewangan kan? Haa sebab apa? Sebab kewangan itu core kepada kehidupan dan mampu membeli kunci kebahagiaan yang lain. Yang paling penting, dengan duit, anda boleh beli jalan menuntut segala jenis ilmu.
14. Belajar keusahawanan.
Belajarlah bisnes untuk survive dan get ready dengan banyak perkara yg x dijangka. Tak perlu sampai ke tahap menjadi seorang CEO.
15. Cuba bermacam perkara dan cari minat.
Penting untuk anda tahu dan ada perkara yang anda minat dalam hidup. Nanti senang nak jadikannya sebagai healing point, kerjaya, jana pendapatan, kongsi bersama orang lain dan lain-lain.
16. Senaman.
Lakukan senaman bermula dengan yang ringkas dan di bawah kapasiti dulu. Kekal sihat dan cergas, sekarang dah boleh beraktiviti luar kan. Banyak je senaman/exercise yang boleh buat di rumah.
17. Bina future portfolio.
Bina satu portfolio/resume tentang siapa dan apa yang anda nak jadi pada masa akan datang. Contohnya nak jadi CEO syarikat. Tulis dalam resume tu yang anda sudah pun menjadi CEO. Bayangkan itu lah yang bakal menjadi resume sebenar anda. Semangat!
18. Share content di SOCMED.
Seperti yang anda baca ni, ini ialah perkongsian content di SOCMED. Yang paling senang, share tentang siapa diri anda. Anda seorang student? Share tentang perkara berkaitan student/akademik. Amal jariah besar ni. Content lebih penting dari design. Seminggu sekali post lebih baik daripada setiap hari. Sikit takpa janji konsisten.
19. Belajar rumahtangga.
Bukan untuk alam perkahwinan sahaja, tapi untuk keluarga yang sedia ada ni pun penting. Rancang cara urus, bina, maintain keluarga dengan baik. Lelaki pun kena, perempuan pun kena.
20. Cari dan follow tokoh
Usaha untuk follow tokoh atau figura dalam bidang yang anda minat. Baca content nya, engage dengannya (komen, PM dll) untuk dapatkan ilmu, perspektif dan insight yang lebih luas.
Banyak kan perkara yang boleh dibuat?
Jadi tak ada alasan dah untuk terus bermalasan di rumah
Buat satu-satu, janji buat
Yang ruginya ialah biarkan penulisan ini berlalu begitu sahaja…
…tanpa tindakan anda sendiri!
Adham Rafiq Adam,
Budak IRK UIAM (QS) ’99