Adakah anda tahu, bahawa di luar sana ramai antara kita yang mengalami masalah dalam melalui kehidupan seharian mereka sehinggakan ada yang mendapat kemurungan, dan lebih menyedihakan, masalah mental. Mereka mungkin tercari-cari panduan untuk menjadikan diri mereka versi yang terbaik mereka boleh bayangkan.
Anda ingin membantu tetapi tidak tahu bagaimana caranya untuk memberikan panduan dan sokongan yang mereka ini perlukan. Memperkenalkan ‘Waqaf Seat’.
“Waqaf Seats” Ini adalah peluang yang dibuka oleh Empower Quran Global kepada sesiapa sahaja yang berniat untuk mewaqafkan seats kelas “Tadabbur Therapy” kepada mereka yang tidak berkemampuan tetapi berhasrat menyertai kelas ini.
Moga Allah memberikan ganjaran yang melimpah ruah dan memasukkan anda dalam golongan penerima syafaat dari Al-Quran asbab kebajikan yang anda lakukan untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk sama-sama mendekatkan diri dengan Al-Quran juga.
Amin Ya Mujib!
Copyright © 2023 Empower Quran Global.
All rights reserved.